10/25/2010

Perkhemahan di Impian Country Resort

Tanggal 16 & 17 Oktober 2010 pasti menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh murid-murid tahun 6. Perkhemahan di Impian Country Resort mungkin menjadi kenangan manis dan ada juga yang menjadi kenangan pahit bagi murid-murid tahun 6, 2010.


Perhimpunan di dataran bermula pada jam 8 pagi. Murid-murid diarah beratur mengikut bas yang akan dinaiki iaitu bas satu, dua dan tiga untuk diambil kedatangan.

Kelas Asas Membina Blog

Bermula 18 Oktober hingga 29 Oktober 2010 ini, Unit ICT dengan kerjasama Fasilitator Schoolnet sekolah telah menjalankan kelas membina blog kepada murid-murid tahun 6 yang berminat. Blog juga diistilahkan sebagai 'online journal' ataupun catatan peribadi seseorang. Blog kini telah menjadi satu medium komunikasi di alam maya yang semakin meluas penggunaannya. Uniknya, walaupun blog ini lebih bersifat peribadi, melalui bloglah kita boleh mengenal seseorang itu dengan lebih dekat.




Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang telah berjaya membina blog mereka sendiri. Diharapkan blog murid-murid akan terus aktif hingga ke sekolah menengah dan menjadi penghubung kepada ikatan silaturrahim sesama murid.

p/s : marilah beramai-ramai menjadi follower SKBTK ye... ^_^

7/13/2010

Teknik Menjawab Kertas 2 English untuk UPSR

12 Julai - Satu bengkel telah berlangsung untuk murid-murid tahun 6 di dewan tertutup SKBTK sebaik sahaja sesi kedua pembelajaran bermula. Bengkel ini dilaksanakan dibawah seliaan panitia Bahasa Inggeris SKBTK. Bengkel ini berlangsung selama hampir 2 jam.

Pembugaran NILAM 2010 & KAWAN

12 Julai - Majlis Pembugaran NILAM 2010 telah dilancarkan sewaktu perhimpunan rasmi sesi pagi. Dengan dipengerusikan oleh Puan Jamaliah, Guru Perpustakaan & Media, majlis telah berjalan dengan lancar dan meriah sekali. Pembugaran NILAM ini telah dirasmikan oleh GPK1, En. Mohd Razak Kanapiah yang mewakili Guru Besar SKBTK iaitu Puan Salbiah Karto.  Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang bagi pingat emas, perak dan gangsa NILAM juga turut disampaikan dalam majlis ini. Majlis ini turut diserikan lagi dengan persembahan daripada murid-murid SKBTK.



              Kemuncak majlis ini adalah kemunculan team KAWAN bersama maskot KAWAN. Kedatangan team KAWAN ini disambut dengan suasana yang penuh ceria oleh warga SKBTK. Warga SKBTK disajikan dengan pencuci mata melihat persembahan silap mata daripada ahli silap mata yang tidak asing lagi iaitu saudara Shahril, bintang Fuyoo Magic di Astro. Bintang ini dibawa khas oleh team KAWAN untuk memeriahkan lagi majlis pada pagi ini.

5/25/2010

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

21 Mei - Sambutan Hari Guru SKBTK telah disambut dengan meriah sekali pada hari Jumaat lepas. Bertemakan 'Guru Pembina Negara Bangsa' sekali lagi dipilih pada tahun ini jelas mengangkat martabat perguruan di Malaysia. Tanggal 16 Mei adalah hari yang dinantikan oleh para guru-guru di Malaysia untuk meraikan Hari Guru.
        SKBTK telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada 21 Mei dengan riang ria. Acara bermula dengan perhimpunan pagi, upacara memotong kek dan pulut kuning, kemudian diikuti pula dengan acara sukaneka untuk guru-guru. Selesai sahaja acara sukeneka, guru-guru berehat seketika. Acara yang ditunggu-tunggu oleh semua murid dan guru-guru berlangsung sebaik sahaja waktu rehat tamat iaitu persembahan kreatif daripada guru-guru. Guru-guru telah dibahagikan tugasan mengikut tahun mereka mengajar. Setiap kumpulan guru-guru telah menyampaikan persembahan mereka dengan gaya tersendiri.  Pada hari ini, semua murid SKBTK tersenyum kegembiraan dan tertawa kegirangan melihat aksi dan telatah guru-guru di SKBTK membuat persembahan di hadapan murid-murid.

2/23/2010

Solat Hajat UPSR & Pelancaran Mentor-Menti

 Guru-guru teruja menunggu giliran untuk menerima menti masing-masing

Pada tarikh 6 Februari 2010 telah berlangsung acara solat hajat untuk pelajar-pelajar tahun 6. Solat hajat ini diikuti dengan bacaan Yaasin dan tazkirah daripada GPK1, En. Razak bin Kanapiah. Usai sahaja upacara solat hajat pada sesi pertama, sesi kedua pula berlangsungnya sesi penyerahan mentor-menti. Mentor-menti adalah suatu konsep di mana setiap pelajar tahun 6 akan mendapat seorang guru pembimbing yang dikenali sebagai mentor. Tujuan diwujudkan program ini adalah untuk memastikan setiap pelajar tahun 6 akan mempunyai tempat rujukan bagi meningkatkan mutu pembelajaran mereka.