5/25/2010

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

21 Mei - Sambutan Hari Guru SKBTK telah disambut dengan meriah sekali pada hari Jumaat lepas. Bertemakan 'Guru Pembina Negara Bangsa' sekali lagi dipilih pada tahun ini jelas mengangkat martabat perguruan di Malaysia. Tanggal 16 Mei adalah hari yang dinantikan oleh para guru-guru di Malaysia untuk meraikan Hari Guru.
        SKBTK telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada 21 Mei dengan riang ria. Acara bermula dengan perhimpunan pagi, upacara memotong kek dan pulut kuning, kemudian diikuti pula dengan acara sukaneka untuk guru-guru. Selesai sahaja acara sukeneka, guru-guru berehat seketika. Acara yang ditunggu-tunggu oleh semua murid dan guru-guru berlangsung sebaik sahaja waktu rehat tamat iaitu persembahan kreatif daripada guru-guru. Guru-guru telah dibahagikan tugasan mengikut tahun mereka mengajar. Setiap kumpulan guru-guru telah menyampaikan persembahan mereka dengan gaya tersendiri.  Pada hari ini, semua murid SKBTK tersenyum kegembiraan dan tertawa kegirangan melihat aksi dan telatah guru-guru di SKBTK membuat persembahan di hadapan murid-murid.

Galeri Gambar Hari Guru
Perhimpunan Pagi

Guru-guru SKBTK berarak masuk ke tapak perhimpunan


Kumpulan kompang SKBTK mengiringi perarakan guru-guru SKBTK


Upacara pemotongan kek dan pulut kuning bermula


Kek khas Hari Guru 2010 yang cantik berseri


Barisan guru-guru yang mewarnai SKBTK

                                      
Khemah didirikan menandakan bermulanya acara sukaneka untuk guru-guru

Acara sukaneka yang pertama, mereka pakaian pahlawan Kesultanan Melayu Melaka

Model-model pakaian berjenama 'Old News Paper' memperagakan pakaian mereka

Permainan Mulut Bisu

Treasure Hunt

Menganyam Tikar


Murid-murid 'excited' menanti acara seterusnya iaitu persembahan kreatif guru-guru

Cikgu Bahrul selaku pengacara bagi persembahan guru-guru begitu bersemangat memberi dorongan kepada rakan-rakan seperjuangannya


Sementara menanti guru-guru bersedia membuat persembahan, kumpulan nasyid SKBTK membuat persembahan dahulu
Persembahan pertama dari guru-guru tahun 4
 Persembahan kedua dari guru-guru tahun 1 merangkap persembahan terbaik pada tahun ini. Tahniah!

 Slot drama dan boria SKBTK dari guru-guru tahun 6
Persembahan dari guru-guru Tahun 5. Cikgu Wana memang best...=)

0 comments:

Catat Ulasan