12/31/2009

Program Transisi Tahun 1 2010

Program Transisi 2010
Tarikh : 31 Disember 2009
Hari : Khamis
Masa : 7.30 - 11.00 pagi

Program Transisi adalah merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu murid-murid menghadapi perubahan pembelajaran dan pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan formal di tahun satu sekolah rendah.
Dalam masa yang sama juga, ia dapat memastikan agar semua murid akan memulakan proses pembelajaran di tahun satu pada tahap pencapaian yang hampir sama dan dapat menjalani penyesuaian dengan persekitaran formalnya. Program ini lebih menjurus kepada sesi suai kenal dengan guru kelas dan rakan-rakan sekelas. 
 
Pada hari ini juga telah dijalankan ujian bagi menentukan kelas yang bakal diduduki oleh murid-murid berdasarkan kebolehan mereka. Pelbagai reaksi yang boleh dilihat pada hari pertama murid-murid tahun 1 ke sekolah. Ada yang bersemangat, ada yang sedih dan ada yang tidak mahu ke sekolah. Fenomena ini adalah perkara biasa yang perlu dilalui oleh kebanyakan sekolah. 
 
Selamat Datang Murid-murid Tahun Satu!!!

0 comments:

Catat Ulasan